Profil & Resume
Bagaimana Saya Kemas Kini Maklumat Profil Saya?
Setiap bahagian profil anda boleh dikemas kini bila-bila masa.
Langkah
- Buka profil anda.
- Klik tajuk bahagian untuk membukanya, contohnya Butiran Peribadi atau Pendidikan.
- Klik ikon pensel di sebelah maklumat yang mahu ditukar.
- Kemas kini dan simpan.
Yang penting betul
- Nama Penuh: isi tepat seperti dalam Kad Pengenalan atau pasport, kerana medan itu memang meminta begitu.
- Telefon dan e-mel: ada di bawah Kontak & Akaun. Baca Bagaimana saya tukar nombor telefon atau e-mel?.
- Pengalaman Kerja dan Pendidikan: inilah yang majikan tengok dahulu.
Perubahan disimpan ke profil serta-merta. Permohonan yang sudah dihantar akan kekal dengan maklumat yang anda hantar pada masa itu.