Cari Kerja
Bagaimana Cadangan Kerja Berfungsi?
Pekerjaan Untuk Anda di halaman utama memaparkan kerja yang dipilih untuk anda, dan anda juga boleh menerima cadangan kerja sebagai notifikasi.
Apa yang mempengaruhi cadangan
- Bidang Kerja Pilihan dalam profil anda: jawatan, industri, jenis kerja, lokasi, gaji dijangka dan bila anda boleh mula.
- Alert Pekerjaan dalam Tetapan: setiap alert ada jawatan, lokasi dan gaji minimum tersendiri.
- Profil dan resume anda: lebih lengkap, lebih banyak maklumat untuk dipadankan.
Jika cadangan tidak sesuai
- Kemas kini Bidang Kerja Pilihan dahulu. Ini paling besar kesannya.
- Semak Alert Pekerjaan anda dan padam yang tidak lagi sesuai.
- Cuba Job Matcher untuk cari kerja berdasarkan resume anda.
Cadangan juga bergantung pada keupayaan majikan melihat anda. Pastikan Tunjuk Profil Saya untuk Majikan dihidupkan.