Akaun & Log Masuk
Apa Patut Saya Buat Dulu Selepas Daftar?
Empat perkara ini paling banyak membantu dalam minggu pertama anda.
1. Muat naik resume
Pergi ke Muat Naik Resume. Format diterima: PDF, DOC, DOCX, sehingga 5MB. Belum ada resume? Bina secara percuma dengan Resume Maker.
2. Lengkapkan profil
Buka profil anda dan isi Butiran Peribadi, Pengalaman Kerja, Pendidikan serta Bahasa & Kemahiran. Panel Kemajuan Profil Anda akan senaraikan apa yang masih kosong.
3. Tetapkan Bidang Kerja Pilihan
Jawatan, industri, jenis kerja, lokasi, gaji dijangka dan bila anda boleh mula. Ini mempengaruhi kerja yang disyorkan kepada anda.
4. Buat Alert Pekerjaan
Tambah satu di Tetapan › Alert Pekerjaan supaya kerja baharu sampai kepada anda tanpa perlu cari setiap hari.
Kemudian mula mohon di Kerja Kosong.