Akaun & Log Masuk
Kenapa Saya Tak Boleh Log Masuk?
Masalahnya. Anda masukkan maklumat di halaman log masuk tetapi tidak dapat masuk.
Cuba ikut urutan ini
- Semak alamat e-mel. Guna e-mel atau nombor telefon tepat seperti semasa daftar. Silap taip adalah punca paling biasa.
- Guna kod log masuk. Masukkan e-mel dan klik Hantar Kod. Anda tidak perlukan kata laluan untuk cara ini.
- Semak Spam, Promotions dan Junk. Kod selalu masuk ke situ.
- Cuba pelayar lain atau aplikasi Maukerja, atau kosongkan cache dan cookies pelayar anda.
- Semak sama ada akaun dinyahaktifkan. Akaun yang dinyahaktifkan tidak boleh log masuk sehingga diaktifkan semula.
Jika masih tidak berjaya
Hantar maklumat melalui Hubungi Kami. Sertakan:
- Alamat e-mel atau nombor telefon akaun anda
- Apa yang terpapar di skrin, termasuk mesej ralat
- Tangkap layar jika ada
Jangan kongsi OTP atau kod log masuk anda dengan sesiapa, termasuk orang yang mengaku dari Maukerja.